Kisah Kejayaan

 

Mohammad Zul Azwan Bin Mohammad Mansur(Celik IT)

Umur: 12 tahun
No. Tel: 01 1–230 15036
Keahlian PI: 2017

Latar belakang: Saya Mohammad Zul Azwan Bin Mohammad Mansur, berumur 12tahun. Saya bersekolah di SK Terusan Tengah, Pulau Bum-Bum, Semporna. Saya tinggal di kampung Terusan Tengah, saya suka mencari sumber baru dengan adanya PI di kampung saya di sini. Saya mempunyai 8 orang adik-beradik dan saya adalah anak yang ke-7. Nama ayah saya Mohammad Mansur Bin Abd. Jalil. Ayah saya seorang yang penyayang dan selalu menasihatkan saya untuk belajar bersungguh-sungguh. Manakala ibu saya hanyalah seorang suri rumah dan mengambil berat serta prihatin terhadap anak-anaknya. Saya sayang keluarga saya dan akan menjadi seorang anak yang berjaya dunia akhirat untuk keluarga dan berbakti kepada masyarakat.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Sebelum PI tertubuh di kampung saya di sini, saya hanyalah seorang pelajar yang mampu hanya mendengar dari luar sana pasal ilmu ICT dan komputer. Kerja-kerja sekolah saya pun hanyalah berpandukan buku teks sebagai rujukan untuk saya dan ianya adalah terhad untuk saya mendapatkan maklumat. Paling penting untuk saya adalah untuk mengetahui format menaip dengan lebih tangkas dan cara menggunakan icon-icon penting dalam penaipan. ilmu saya sangat kurang lalu saya mengambil langkah dan mengambil peluang dengan tertubuhnya PI di kampung saya yang menawarkan kelas ICT percuma setiap hujung mingguh diadakan dan berjadual dan aktiviti PI jalankan sekali.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Kini saya lebih yakin setelah mengikuti kelas ICT dan lebih tahu apa itu komputer seperti penaipan dalam menggunakan format Microsoft word yang betul. PI bukan sahaja mengadakan kelas ICT malahan kelas keusahawanan sekali dan kemudahan lain juga seperti print, fotokopi, laminate, pengimbas dan banding. Ini membuat saya lebih yakin dan menyenangkan saya membuat kerja-kerja sekolah saya, sebab PI telah menyediakan kelengkapan yang secukupnya kepada saya, keluarga, rakan-rakan dan orang kampung di pulau ini.

Maklum balas pendapat

Bagi saya internet sangat berguna kepada masyarakat samaada mencari maklumat, membuat kerja dan pelbagai lagi. Selain itu PI juga memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan dan memberi pendedahan kepada masyarakat kampung terhadap teknologi komputer dan internet. Ia juga dapat meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang di sediakan dan aktiviti dijalankan PI. saya bersyukur PI dibuka di kampung saya, masih banyak lagi yang perlu saya belajar saya berharap PI ini akan kekal di kampung saya yang mana bukan sahaja dapat membantu saya malah keluarga, rakan-rakan dan warga kampung saya dekat pulau ini. “Terima Kasih PI” memberikan kemudahan dan peluang ini kepada saya dan masyarakat kampung di pulau ini.


Nur Izzaty Binti Peter (Celik IT)

Umur: 10 tahun
No. Tel: +60 17-811 8026
Keahlian PI: 17/12/2017

Latar belakang: saya Nur Izzaty Binti Peter, tinggal di kampung Terusan Tengah, Pulau Bum-Bum, Semporna dan saya bersekolah di SK Terusan Tengah yang terletak di kawasan Pulau Bum-Bum. Saya mempunyai 4 orang adik-beradik dan saya adalah anak yang sulung. Saya seorang pelajar yang yang suka membuat latihan kerja sekolah yang di suruh oleh cikgu saya dan rajin datang ke kelas.

Ahli keluarga saya ada 6 orang. Bapa saya bernama Peter Bin Amilbah dan ibu saya bernama Asimah Binti Mad Musa, mereka berdua hanya mengusahakan runcit kecilan sahaja di kampung sementara ayah juga ikut turun ke laut ikut atuk saya untuk menambah sumber pendapatan tanggungan dalam keluarga saya. Dan saya merupakan harapan keluarga juga. Saya sangat sayang keluarga saya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Inilah kisah saya, sebelum ini saya tidak tahu sangat apa itu ilmu ICT tambahan lagi nak tahu apa benda itu komputer. Kebetulan PI telah di tubuhkan di sebelah rumah saya di sini dan kakak di PI yang bertugas telah memberitahu saya yang PI juga menyediakan kelas ICT percuma, iaitu kita akan di ajar basic computer seperti Microsoft word cara-cara menaip yang betul, memasukkan jadual kerja. PI bukan sahaja mengadakan kelas ICT malahan ia juga menyediakan perkhidmatan lain seperti print, photocopy,laminate binding untuk memudahkan saya membuat kerja rumah sekolah.

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI

Selepas saya mengikuti latihan ICT di PI saya lebih mahir menggunakan format atau icon-icon yang terdapat dalam Microsoft word office iaitu lebih tahu cara untuk menaip lebih tangkas dan memasukkan dokumen yang penting dalam kerja sekolah saya, macam mana “save file” untuk menyimpan dokumen saya dari hilang.

Bagi saya PI sangat berguna kepada masyarakat kampung saya di sini, saya bersyukur PI di tubuhkan di kampung pulau saya di sini dan memudahkan saya menyiapkan kerja sekolah saya . Jika dulu saya selalu datang ke cyber cafe di pekan yang mengambil masa kini adanya PI Pulau Bum-bum saya selalu berkunjung malahan mengikuti aktiviti yang mereka adakan waktu ke waktu. Terutama layanan dan penerangan yang sangat baik dari kakak-kakak staff PI di sini sangat bagus.

Maklum balas pendapat

Bagi saya internet sangat berguna kepada masyarakat samaada mencari maklumat, membuat kerja dan pelbagai lagi. Selain itu PI juga memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan dan memberi pendedahan kepada masyarakat kampung terhadap teknologi komputer dan internet. Ia juga dapat meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang di sediakan dan aktiviti dijalankan PI. saya bersyukur PI dibuka di kampung saya, masih banyak lagi yang perlu saya belajar saya berharap PI ini akan kekal di kampung saya yang mana bukan sahaja dapat membantu saya malah keluarga, rakan-rakan dan warga kampung saya dekat pulau ini.


Nor Sida Binti Abd Taing (Celik IT)

Umur:15 Tahun
No.Tel : 0111-4583658
Keahlian PI: 2017

Latar Belakang: Adik Norsida Bt Abd Taing berumur 15 tahun dan bersekolah di SMK Bum-Bum yang juga merupakan pelajar tingkatan 3 dan bakal menduduki peperiksaan PT3. NorSida menetap di Kg Terusan Tengah Lama. Merupakan anak ke2 daripada 5 orang adik beradik.

Sebelum penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Sebelum ada nya PI ditubuhkan di Pulau Bum-Bum, aktiviti harian adik NorSida hanya tertumpu di seklolah dan di rumah. Pagi akan pergi kesekolah manakala waktu petang hanya dihabiskan untuk mengulangkai pelajaran dirumah. Selain itu, melakukan aktiviti bersama rakan-rakan sekampung seperti mandi laut dan mencari siput dilaut. Untuk ICT pula adik NorSida hanya tahu asas komputer sahaja seperti menaip microsoft word, online facebook dan you tube sahaja. Kekurangan terhadap kemudahan seperti internet dan komputer menyebabkan pengetahuan tentang ICT terbatas.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Selepas adanya Pusat Internet yang ditubuhkan khususnya di Kawasan Kg Terusan Tengah yang sememangnya lokasi berhampiran dengan rumah adik NorSida memudahkan lagi untuk ke PI. adik NorSida telah mendaftar sebagai ahli PI sejak tahuan 2017 bagi mendapatkan kemudahan dengan lebih baik dan percuma. Di Pusat Internet Adik NorSida telah mengikuti kelas ICT yang diadakan di PI secara percuma pada setiap hari minggu. Penglibatan adik NorSida dalam kelas ICT telah membantu Nya untuk mempelajaran ICT dan mencari maklumat dengan betul dan sumber yang boleh dipercayai.


Kraftangan Berasaskan Kulit-Kulit Siput/Kerang

Profile Usahawan

Produk

Pengusaha

Facebook


Pertanian: Tanaman Lada

Profile Usahawan

Produk

Pengusaha

Facebook


Perkhidmatan : Makanan (Gerai Warisan Sekata Jaya)

Profile Usahawan

Produk

Pengusaha

Facebook


Pemilik : Hamidah Binti Jango

Alamat Perniagaan : Kg. Terusan Tengah Lama,Pulau Bum-Bum, 91308 Semporna, Sabah
Taraf Perniagaan : 100% Bumiputera
Jenis Perniagaan : Kedai Jahitan Hamidah
No. Telepon : 012-8233670
Facebook : Https://Www.Facebook.Com/Hamidah.Jango
Produk : Menjahit Pakaian


Perkhidmatan : Pengusaha Bot

Profile Usahawan

Produk

Pengusaha

Facebook


Perkhidmatan : Pengusaha Kerepek Muruku

Profile Usahawan

Produk

Pengusaha

Facebook


Perkhidmatan : Pengusaha Ikan

Profile Usahawan

Produk

Pengusaha

Facebook


Perkhidmatan : Pengusaha Bas

Profile Usahawan

Produk

Pengusaha

Facebook

_________________________________________________________________________________________________________________________________________

 

Usahawan Berjaya dengan bimbingan IT dari PI

Julnah Binti Ajak yang berumur 40 tahun , menetap di Kampung Terusan Tengah.
Seorang yang rajin dan kuat berusaha untuk memajukan perniagaanya dalam menjual pelbagai jenis tudung terkini.

Julnah yang kurang mahir dalam pengurusan perusahaan dalam perniagaan apatalagi menggunakan media sosial. Beliau telah datang ke Pusat Internet dengan mengikuti kelas keusahawanan yang diadakan setiap hujung minggu, untuk menimbah ilmu dalam diri.


Julnah banyak mengetahui cara mempromosikan perniagaanya di laman sesawang Facebook dalam Penggunaan media sosial dalam berniaga, cara memasarkan perusahaan, perbankan online dan sebagainya sehingga memajukan lagi perusahaannya.serta meningkatkan hasil jualan.

Rasa sangat bersyukur melihat kemajuan dalam diri terutama dalam bidang perniagaanya yang kini makin dapat sambutan ramai serta sumber pendapatan perniagaanya yang sangat memuaskan,Setelah belajar Kelas Keusahawanan di Pusat Internet.
“terima kasih PI”

_________________________________________________________________________________________________________________________________________

 

Usahawan Berjaya dengan bimbingan IT dari PI

Nazira Binti Mohd Said, berusia 29 tahun yang berasal dari Kampung Samal-Samal Pulau Bum-Bum Semporna. Nazira seorang yang kuat semangat dan nekad untuk membuka perniagaan sendiri beberapa tahun yang lalu kini cik Nazira telah membuka kedainya sendiri iaitu “Mama Kitty Shop” dengan harapan perniagaanya akan lebih maju di masa akan datang.


Untuk lebih tahu akan sebagai seorang usahawan yang Berjaya, Nazira telah berkunjung ke Pusat Internet dan mendaftarkan diri untuk belajar kelas Keusahawan yang diadakan setiap hujung minggu di Pusat Internet secara percuma.


Kini Nazira lebih banyak mengetahui akan cara mempromosikan perniagaanya secara Media Sosial iaitu di laman sesawang Facebook. Di mana Nazira diajar cara membuat “Pages Facebook” sendiri iaitu cara mempromosikan jualan, upload gambar produk. Selain itu, Nazira belajar online shop, online banking, menaip surat, editing video dan sebagainya.


Nazira berasa sangat bersyukur dengan perubahan perniagaan yang kini, kian mendapat sambutan ramai dan pendapatan jualan semakin meningkat selepas Nazira mengikuti kelas Keusahawanan di Pusat Internet Pulau Bum-Bum.
Ucapan terima kasih pada pihak PI kerana membimbing saya.

_________________________________________________________________________________________________________________________________________

Sabrinah Wati Binti Syed Sobri

Latar belakang:
Nama pelajar Sabrinah Wati Binti Syed Sobri, berumur 10 tahun. Adik Sabrina bersekolah di SK Terusan Tengah, Pulau Bum-Bum. Sabrina merupakan anak sulung daripada 4 orang adik beradik, dan menetap di Kg Terusan Tengah Lama, Pulau Bum-Bum.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum ini, Adik Sabrinah tidak tahu menggunakan komputer atau apa-apa kemudahan yang berkaitan dengan ICT. Dirumah juga adik Sabrina tidak mempunyai apa-apa kelengkapan berkaitan komputer.

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI
Adik Sabrinah telah berdaftar di Pusat Internet Pulau Bum-Bum dan mengikuti kelas ICT pada tahun 2018. Sepanjang pembelajaran di kelas ICT, adik Sabrinah telah belajar berkenaan komputer dan kegunaan komponen komputer, belajar menaip menggunakan Microsoft Office, melukis menggunakan PAINT, multimedia iaitu edit video menggunakan Movie Maker, download gambar dan lagu serta banyak lagi. Selepas penglibatan di PI, Adik Sabrinah telah mahir mengendalikan komputer dan mahir menaip menggunakan Microsoft office serta penggunaan bahan-bahan di internet. Sepanjang tempoh pembelajaran tersebut, adik Sabrinah telah menggunakan kemahiran yang dipelajari untuk mengajar adik beradik nya yang lain.


Maklumbalas/pendapat
Bagi adik Sabrinah, kelas ICT yang diberikan kepada mereka sangat bermanfaat dan memberi pengetahuan yang baru kepada pelajar. Seperti sebelum ini, adik Sabrinah tidak tahu kegunaan komputer dan juga komponen komputer serta kegunaan Microsoft Office. Selepas belajar di Pusat Internet Pulau Bum-Bum, banyak perkara baru yang dipelajari terutamanya yang berkaitan ICT dan internet.